assalamulaikum

welcome to my blog..and thanks visit my blog ^_^

Friday, June 22, 2012

cara mengelak fitnah dajjal


Walaupun fitnah Dajjal begitu besar dan berat bagi kita, namun ianya hanya kecil di sisi Alllah SWT dimana Dajjal tiada kuasa terhadap kaum Muslimin. Oleh kerana itu, ketika Al-Mughirah Ibnu Syu’bah berkata: 
“ Tidak seorang pun bertanya lebih banyak selain aku.” Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Apakah yang membuatkan kamu gelisah tentangnya? Sesungguhnya ia tidak akan membahayakan kamu.” Al-Mughirah berkata:“Wahai Rasulullah, mereka mengatakan bahawasanya Dajjal mempunyai (membawa) makanan dan minuman.” Baginda SAW bersabda: “Hal ini hanyalah kecil bagi Allah SWT.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim dalam Kitabul Fitan)

Rasulullah SAW juga telah mengajarkan kepada kita bagaimana cara untuk menyelamatkan diri dari fitnah Dajjal. Antaranya adalah:

1.Menghafal surah Al-Kahfi atau sepuluh ayat yang di awalnya atau sepuluh ayat di akhirnya. Bahkan orang yang menghafal tiga ayat sahaja di awal surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal. Dalam sebuah hadis daripada Abu Darda’ r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda:

“ Barangsiapa yang menghafal 10 ayat dari awal surah al-Kahfi, maka ia akan terjaga dari fitnah Dajjal.”

(Riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi)

Maka barangsiapa yang ditakdirkan oleh Allah untuk melihat Dajjal hendaklah dia meludahi mukanya, “Seakan-akan ia adalah Khinzib, iaitu syaitan pengganggu solat” dan hendaklah dia membaca ayat-ayat awal atau akhir dari Surah Al-Kahfi, semoga Allah menyelamatkannya dari Dajjal.

2.Selalu menjaga doa yang di suruh Rasulullah SAW supaya membacanya pada akhir setiap kali solat (setelah membaca tahiyyat akhir) iaitu:


Maksudnya;
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadamu dari azab neraka jahannam dan dari azab kubur, dari fitnah hidup dan mati dan buruknya fitnah Al-Masihuddajjal.”

Barangsiapa yang berlindung kepada Allah, maka Allah akan melindunginya dan barangsiapa yang menjaga doa ini tantu Allah SWT juga akan menjaganya.

3.Barangsiapa yang mendengar kemunculan Dajjal hendaklah ia berlindung di Kota Madinah atau Makkah kerana kedua-dua negeri itu tidak akan dapat dimasuki oleh Dajjal.

  4.Barangsiapa yang tidak mampu melakukan tiga perkara diatas, hendaklah dia lari dari berhadapan dengan Dajjal kerana ia tidak akan membahayakannya dengan tetap berzikir dan berdoa. 


Semoga kita mendapat manfaat daripada apa yang ana kongsikan ini serta dapat menyampaikannya kepada umat Islam yang lain. Wallahua’lam..






No comments: